mcmc
Pelancongan & Tempat Bersejarah

Taman Rekreasi Sekitar di Tasek Gelugor

sgjarak1

Taman Rekreasi Sungai Jarak

sgjarak2

sgjarak4

Taman rekreasi ini terletak berdekatan dengan kampung Padang Cempedak dan merupakan tempat yang sesuai untuk pelbagai aktiviti seperti berjogging, bersenam, dan sebagainya. Hal ini kerana, terdapat banyak pokok rendang di kawasan taman rekreasi yang membuatkan pengunjung boleh menikmati udara yang segar di bawah teduhan pokok. Selain itu, ramai juga yang datang ke taman rekreasi ini untuk aktiviti memancing memandangkan kawasan ini berada berdekatan dengan Sungai Jarak. 

 TAMAN REKREASI VISION PARK BERTAM PERDANA 

IMG 20211213 122937

Pulau Pinang mengandungi  banyak kawasan rekreasi menarik yang menjadi tempat kunjungan para penduduk tempatan dan juga penduduk luar. Bagi penduduk yang tinggal di kawasan Kepala Batas dan Bertam terutamanya, taman rekreasi Vision Park ini sudah pun menjadi salah satu kawasan yang menjadi pilihan orang ramai untuk sesi riadah terutama di waktu petang.

IMG 20211213 122531

Dengan berlatar belakangkan Masjid Abdullah Fahim, taman rekreasi ini turut dijadikan tempat untuk para pasangan pengantin mengambil gambar perkahwinan mereka bagi sesi outdoor. Malah lokasi ini juga pernah menjadi lokasi utama program FIT Malaysia.

IMG 20211213 122559

Terdapat pelbagai kemudahan yang mesra pengguna di sini, contohnya seperti kawasan trek joging, taman permainan kanak-kanak, alatan senaman, pondok gazebo, meja perkelahan, trek refleksologi dan lain-lain. Vision Park turut menyediakan laluan trek joging yang selesa dan luas, persekitaran yang bersih serta tasik yang cantik ditumbuhi pokok kiambang.