Peta Pulau Pinang
Tasek Gelugor terletak dalam daerah Seberang Perai Utara Pulau Pinang. Pekan yang paling hampir dengan Tasek Gelugor adalah Padang Serai, Kedah yang terletak kira- kira 9 kilometer dari pekan ini. Jarak antara Tasek Gelugor dengan pekan Kepala Batas pula lebih kurang 10 kilometer. Antara kampung- kampung yang terdapat di sekitar Tasek Gelugor seperti Kampung Permatang Manggis, Kampung Pokok Tampang, Kampung Pengkalan Batu, Kampung Air Melintas Kecil, Kampung Permatang Berangan dan lain-lain.
Menurut masyarakat tempatan, asal usul nama Tasek Gelugor adalah dari perkataan tasik dan juga pokok gelugor. Di zaman dahulu, terdapat sebuah tasik yang berhampirannya terdapat banyak pokok gelugor. Buah gelugor atau juga turut dikenali sebagai asam gelugor atau asam keping banyak digunakan dalam masakan melayu. Nama Permatang Berangan pula diambil bersempena nama pokok berangan yang banyak tumbuh di sekitar kawasan ini.
Pokok gelugor
(sumber: wikipedia dan masyarakat tempatan)