mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI BULAN JUN 2O22

LATIHAN KEUSAHAWANAN- PENDAFTARAN AKAUN EBIZ SSM

Tarikh

: 1 Jun 2022

Masa

: 4:00 petang – 5:00 petang

Lokasi

: PEDi Taman Gelugor Indah

Peserta

: 1

Tujuan

Kelas ini diadakan untuk membantu usahawan membuat pendaftaran akaun Ebiz SSM.

 

Aktiviti

  • Membantu peserta untuk mendaftar akaun Ebiz SSM.
  • Mengisi maklumat yang diperlukan dalam portal dan memuat naik dokumen-dokumen yang diperlukan.
  • Peserta membuat janji temu dengan pihak SSM bagi tujuan pengesahan identiti dengan bantuan petugas.

gambar di sini

LATIHAN KEUSAHAWANAN- PENDAFTARAN PERNIAGAAN SSM

Tarikh

: 8 Jun 2022

Masa

: 4:00 petang – 5:00 petang

Lokasi

: PEDi Taman Gelugor Indah

Peserta

: 1

Tujuan

Kelas latihan ini bertujuan untuk menunjukkan kepada usahawan cara untuk mendaftar perniagaan secara atas talian.

 

Aktiviti

  • Usahawan dibimbing untuk mengisi maklumat perniagaan yang diperlukan menggunakan Ebiz SSM.
  • Petugas membantu peserta untuk membuat pembayaran secara atas talian menggunakan Maybank2U untuk mendaftar perniagaan.
  • Peserta ditunjukkan cara untuk memuat turun maklumat perniagaan dan juga sijil perniagaan yang dikeluarkan oleh pihak SSM.
 gambar di sini

LATIHAN KEUSAHAWANAN- KURSUS LATIHAN PENGENDALI MAKANAN

Tarikh

: 12 dan 16 Jun 2022

Masa

: 9:30 pagi – 12.30 tengahari

Lokasi

: PEDi Taman Gelugor Indah

Peserta

: 5

Tujuan

Kursus ini diadakan bagi membantu para usahawan dan pekerja dalam sektor pemakanan untuk mendapatkan sijil pengendali makanan yang sah.

Memperkenalkan PEDi dan fungsi serta manfaat kepada masyarakat.

 

Aktiviti

  • Peserta diberi taklimat oleh pegawai dari NZ Bunga Venture yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
  • Ujian diberikan kepada peserta sebelum, semasa dan selepas taklimat diberikan untuk menguji kefahaman peserta.

 gambar di sini

 

E- PEMBELAJARAN- KELAS BIJAK SIFIR

Tarikh

: 18 Jun 2022

Masa

: 9:30 pagi – 10:30 pagi

Lokasi

: PEDi Taman Gelugor Indah

Peserta

: 1

Tujuan

Kelas ini diadakan untuk memperkenalkan kepada peserta mengenai e-pembejaran serta memudahkan peserta untuk menghafal sifir. Peserta dapat menghafal sifir dengan lancar dan cepat.

 

Aktiviti

  • Petugas mengajar teknik menghafal sifir dengan mudah dan cepat.
  • Peserta menghafal sifir dan membuat latihan menggunakan laman web e- pembelajaran.
  • Kuiz diadakan untuk menguji kebolehan peserta menghafal sifir
 gambar di sini

LATIHAN ICT- KELAS PENGENALAN YOUTUBE

Tarikh

: 18 Jun 2022

Masa

: 10:30 pagi – 11:30 pagi

Lokasi

: PEDi Taman Gelugor Indah

Peserta

: 1

Tujuan

Peserta diperkenalkan dengan laman web youtube dan cara menggunakannya.

 

Aktiviti

  • Peserta diajar cara untuk membuka youtube dan menonton video di youtube.
  • Petugas juga mengajarkan kepada peserta tentang keselamatan menggunakan youtube.
 gambar di sini

E- PEMBELAJARAN- KELAS CELIK IQRA’ DAN AL-QURAN

Tarikh

: 18 &19 & 25 & 26 Jun 2022

Masa

: 10:30 pagi – 11:30 pagi

Lokasi

: PEDi Taman Gelugor Indah

Peserta

: 2

Tujuan

Mendedahkan kepada peserta kaedah pembelajaran Al-Quran secara digital.

 

Aktiviti

  • Petugas mengajar peserta menggunakan komputer untuk membaca Iqra’ dan Al-Quran.
  • Peserta membaca Iqra’ sambil disemak oleh petugas.

gambar di sini

LATIHAN ICT- KELAS ASAS KOMPUTER

Tarikh

: 18 &19 & 26 Jun 2022

Masa

: 11:30 pagi – 12:30 tengahari

Lokasi

: PEDi Taman Gelugor Indah

Peserta

: 3

Tujuan

Mengajar peserta pengenalan kepada komputer dan menerangkan komponen serta kegunaannya.

 

Aktiviti

  • Petugas mengajar peserta kegunaan komputer beserta fungsi-fungsinya.
  • Memperkenalkan kepada peserta tentang aplikasi- aplikasi yang terdapat dalam komputer seperti Microsoft Word dan Paint
  • Peserta juga diperkenalkan dengan enjin carian dan cara mencari maklumat menggunakan enjin carian Google.
  • Aktiviti permainan menaip juga diadakan untuk melihat tahap kemahiran peserta menaip.
  • Kuiz berkenaan perkakasan komputer diadakan untuk menguji kefahaman peserta.

gambar di sini

E- PEMBELAJARAN- KELAS MAHIR JAWI

Tarikh

: 18 &19 & 25 & 26 Jun 2022

Masa

: 2:30 petang – 3:30 petang

Lokasi

: PEDi Taman Gelugor Indah

Peserta

: 1

Tujuan

       Memperkenalkan kepada peserta dengan e- pembelajaran.

       Mengajar peserta cara membaca jawi secara digital.

 

Aktiviti

  • Petugas melatih peserta cara menyebut perkataan dengan betul.
  • Peserta juga diajar cara mengeja dalam jawi dengan betul.
  • Peserta membaca perkataan- perkataan dalam tulisan jawi dengan bimbingan petugas.
  • Peserta belajar menulis jawi dengan pemilihan suku kata yang bersesuaian dan betul dengan rumi.

gambar di sini

KELAS ICT BERSAMA PDK

Tarikh

: 27 Jun 2022

Masa

: 10:00 pagi- 11:00 pagi

Lokasi

: PEDi Taman Gelugor Indah

Peserta

: 7

Tujuan

Kelas ini diadakan untuk memperkenalkan kepada peserta mengenai e-pembejaran berkaitan komponen luaran dan dalaman komputer secara asas supaya bersesuaian dengan tahap kebolehan kesemjua peserta dalam menerima ilmu baharu. Peserta dapat mengenal sedikit sebanyak nama bagi peralatan di PEDi.

 

Aktiviti

  • Petugas menayangkan gambar-gambar asas komponen computer di skrin.
  • Petugas melakukan komunikasi secara dua hala dengan peserta supaya mereka tidak hilang focus dengan sesi kelas.
  • Kuiz diadakan untuk menguji kebolehan peserta mengingati nama komponen.

gambar di sini

KELAS CELIK AL QURAN DAN TAJWID

Tarikh

: 27 Jun 2022

Masa

: 9.30 pagi – 10.30 pagi

Lokasi

: PEDi Taman Gelugor Indah

Peserta

: 1

Tujuan

–       Memperkenalkan kepada peserta dengan e- pembelajaran.

–       Tutor secara peribadi dengan nota tajwid dan bacaan Al Quran secara digital.

 

Aktiviti

  • Petugas memeriksa bacaan peserta sama ada terdapat kesalahan tajwd, sebutan ataupun tiada
  • Peserta juga didedahkan dengan nota asas tajwid dan cara bacaan yang betul
  • Peserta membaca bacaan Al Quran ayat demi ayat supaya petugas dapat memberitahu peningkatan tahap penguasaan tajwid
  • Petugas turut membuat perkongsian terjemahan secara umum bagi sesuatu surah

 gambar di sini

KELAS ICT BERSAMA MURID TABIKA

Tarikh

: 29 Jun 2022

Masa

: 11.00 pagi – 12.00 tengahari

Lokasi

: PEDi Taman Gelugor Indah

Peserta

: 10

Tujuan

Kelas ini diadakan untuk memperkenalkan kepada peserta mengenai e-pembejaran berkaitan komponen luaran dan dalaman komputer secara asas supaya bersesuaian dengan tahap kebolehan kesemjua peserta dalam menerima ilmu baharu. Peserta dapat mengenal sedikit sebanyak nama bagi peralatan di PEDi.

 

Aktiviti

  • Petugas menayangkan gambar-gambar asas komponen computer di skrin.
  • Petugas melakukan komunikasi secara dua hala dengan peserta supaya mereka tidak hilang focus dengan sesi kelas.
  • Kuiz diadakan untuk menguji kebolehan peserta mengingati nama komponen.

gambar di sini

 

BENGKEL MICROSOFT EXCEL SESI 1

Tarikh

: 26 Jun 2022

Masa

: 10.30 pagi – 12.00 tengahari

Lokasi

: PEDi Taman Gelugor Indah

Peserta

: 5

Tujuan

Kelas ini diadakan untuk memperkenalkan kepada peserta mengenai asas-asas yang terdapat dalam Microsoft Excel dan fungsinya.

 

Aktiviti

  • Petugas menayangkan slaid ringkasan nota Microsoft Excel supara para peserta dapat mencatat nota untuk kegunaan akan datang.
  • Petugas merangkan setiap slaid untuk memberi kefahaman kepada peserta.
  • Petugas meminta peserta untuk mencuba membuat jadual menggunakan funsgi-fungsi yang di terdapat dalam Microsoft Excel.
  • Petugas membuka sesi soal jawab bagi peserta yang masih keliru dan perlukan penerangan.


gambar di sini

BENGKEL MICROSOFT EXCEL SESI 2

Tarikh

: 26 Jun 2022

Masa

: 2.00 petang – 3.30 petang 

Lokasi

: PEDi Taman Gelugor Indah

Peserta

: 3

Tujuan

Kelas ini diadakan untuk memperkenalkan kepada peserta mengenai asas-asas yang terdapat dalam Microsoft Excel dan fungsinya.

 

Aktiviti

  • Petugas menayangkan slaid ringkasan nota Microsoft Excel supara para peserta dapat mencatat nota untuk kegunaan akan datang.
  • Petugas merangkan setiap slaid untuk memberi kefahaman kepada peserta.
  • Petugas meminta peserta untuk mencuba membuat jadual menggunakan funsgi-fungsi yang di terdapat dalam Microsoft Excel.
  • Petugas membuka sesi soal jawab bagi peserta yang masih keliru dan perlukan penerangan.


gambar di sini