mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI BULAN JUN 2023

ADVOKASI KDB TERLEBIH KONGSI

Tarikh

: 18 JUN 2023

Masa

: 3. 00 petang– 4. 00 petang

Lokasi

: PEDi Taman Gelugor Indah

Peserta

: 5 orang

Tujuan

Slot KDB ini diadakan untuk memberi pendedahan dan maklumat lebih mendalam tentang panduan penggunaan internet termasuk media sosial.

Aktiviti

– Peserta diberi pencerahan berkenaan cara mengendalikan akaun media sosial supaya dapat mengelak terlebih kongsi sehingga berlaku pembocoran data peribadi.

– Peserta diberi soalan dan kuiz kepentingan menjaga privasi keselamatan di media sosial.

– Petugas memberikan sagu hati kepada peserta yang berjaya menjawab soalan KDB dengan betul dan melakukan sesi bergambar bersama.

gambar di sini

 

E PEMBELAJARAN KUIZ BAHASA INGGERIS

Tarikh

: 11 JUN 2023

Masa

: 4. 00 petang– 5. 00 petang

Lokasi

: PEDi Taman Gelugor Indah

Peserta

: 3 orang

Tujuan

Kelas ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan bahasa inggeris dalam kalangan peserta sekolah rendah.

Aktiviti

– Peserta diberi soalan kuiz mengenai bahagian tatabahasa, penggunaan tanda baca dan ayat penyata.

– Peserta turut diterangkan jawapan yang betul bagi setiap soalan untuk mengukuhkan pemahaman mereka.

– Petugas memberikan sagu hati kepada peserta yang berjaya menjawab soalan dengan betul paling banyak di hujung kelas.

gambar di sini

 

SOFT SKILLS PERKONGSIAN PENDAPAT MENGENAI MEDIA SOSIAL

Tarikh

: 18 JUN 2023

Masa

: 3. 00 petang– 4. 00 petang

Lokasi

: PEDi Taman Gelugor Indah

Peserta

: 5 orang

Tujuan

Melatih pelajar menjadi berkeyakinan diri ketika membuat pembentangan din dalam kelas.

Aktiviti

– Peserta diberi tips membuang rasa gementar dan tidak yakin ketika memberi pandangan dan membentang di dalam kelas.

– Petugas dapat mempelajari cara bertutur dengan lancar dan meningkatkan kemahiran berkomunikasi secara formal.

gambar di sini

 

SOFT SKILLS PERSEMBAHAN PROJEK TANGAN ROBOTIK

Tarikh

: 25 JUN 2023

Masa

: 4. 00 petang– 5. 00 petang

Lokasi

: PEDi Taman Gelugor Indah

Peserta

: 4 orang

Tujuan

Melatih pelajar menjadi berkeyakinan diri ketika membuat pembentangan projek yang dihasilkan di dalam kelas.

Aktiviti

– Peserta diberi tips membuang rasa gementar dan tidak yakin ketika memberi pandangan dan membentang di dalam kelas.

– Petugas dapat mempelajari cara bertutur dengan lancar dan meningkatkan kemahiran berkomunikasi secara formal.

gambar di sini

 

STEM IOT PROJEK TANGAN ROBOTIK

Tarikh

: 25 JUN 2023

Masa

: 3. 00 petang– 4. 00 petang

Lokasi

: PEDi Taman Gelugor Indah

Peserta

: 4 orang

Tujuan

Meningkatkan kreativiti sains dan teknologi peserta yang turut serta.

Aktiviti

– Peserta ditayangkan video tutorial membuat tangan robotik terlebih dahulu sebelum cuba membuatnya..

– Petugas mengedarkan barang dan peralatan yang diperlukan seperti straw, kertas, benang, jarum dan lain-lain.

-Peserta turut diberikan tempoh masa untuk menyiapkan projek tangan robotik.

gambar di sini

 

STEM IOT PROJEK KAPAL TERBANG

Tarikh

: 25 JUN 2023

Masa

: 2. 00 petang– 3. 00 petang

Lokasi

: PEDi Taman Gelugor Indah

Peserta

: 4 orang

Tujuan

Meningkatkan kreativiti sains dan teknologi peserta yang turut serta.

Aktiviti

– Peserta ditayangkan video tutorial membuat kapal terbang kertas terlebih dahulu sebelum cuba membuatnya..

– Petugas mengedarkan barang dan peralatan yang diperlukan seperti kertas, getah dan kad manila.

-Peserta turut diberikan tempoh masa untuk menyiapkan projek kapal terbang dan diajar cara-cara menerbangkannya menggunakan kad manila dan getah untuk jarak lebih jauh.

gambar di sini

 

STEM IOT PENGENALAN PERMAINAN STEM ONLINE

Tarikh

:  18 JUN 2023

Masa

: 2. 00 petang– 3. 00 petang

Lokasi

: PEDi Taman Gelugor Indah

Peserta

: 5 orang

Tujuan

Meningkatkan daya pemikiran kreatif sains dan teknologi peserta yang turut serta.

Aktiviti

– Peserta dikehendaki memasukkan gula ke dalam cawan yang disediakan dengan menggunakan cara menambahkan garisan bagi membuat laluan.

– Petugas turut menunjukkan cara bermain permainan ini di awal sesi sebelum membiarkan peserta bermain sendiri.

-Peserta turut diberikan tempoh masa untuk menyiapkan permainan yang dibuat secara online di samping mendidik mereka melatih daya fikiran kritis,

gambar di sini

 

PENDAFTARAN KEMASUKAN DARJAH 1

Tarikh

: 6, 13, 16, 27 JUN 2023

Masa

: 3. 00 petang– 4. 00 petang

Lokasi

: PEDi Taman Gelugor Indah

Peserta

: 4 orang

Tujuan

Mengajar peserta cara untuk membuat pendaftaran anak ke darjah 1 bagi sesi 2024/2025.

Aktiviti

 Petugas menunjukkan kepada peserta cara untuk mendaftar akaun idme yang baru diumumkan oleh pihak pendidikan.

– Petugas memmbuat kemaskini maklumat seperti alamat peserta dan mengisi data anak-anak yang akan masuk ke tahun 1.

– Petugas menerangkan kepada peserta bahawa borang maklumat yang dicetak perlu dibawa ke sekolah yang dipohon.

gambar di sini

 

LATIHAN KEUSAHAWANAN PENDAFTARAN PERNIAGAAN SSM

Tarikh

: 2 JUN 2023

Masa

: 11. 00 pagi– 12. 00 petang

Lokasi

: PEDi Taman Gelugor Indah

Peserta

: 1 orang

Tujuan

Usahawan mempelajari cara untuk membuat pembaharuan lesen perniagaan (SSM) dan melancarkan urusan usahawan untuk memastikan lesen perniagaan sentiasa diperbaharui.

Aktiviti

  Petugas menunjukkan kepada peserta cara untuk log masuk ke dalam akaun EZBiz

  Peserta membuat pembayaran untuk pembaharuan lesen dengan bantuan petugas

  Memuat turun lesen yang siap untuk dicetak

gambar di sini

 

LATIHAN KEUSAHAWANAN KURSUS PENGENDALIAN MAKANAN

Tarikh

  : 25 JUN 2023

Masa

: 9:30. 00 pagi– 12.30 petang

Lokasi

: PEDi Taman Gelugor Indah

Peserta

: 5 orang

Tujuan

Memudahkan urusan usahawan untuk mendapatkan sijil kursus pengendali makanan bagi memudahkan urusan peserta untuk membuat permohonan lesen dan lain-lain urusan.

Aktiviti

–  Pegawai daripada NZ Bunga Venture memberikan taklimat berkenaan kursus pengendalian makanan kepada peserta.

–   Peserta dikehendaki menjawab ujian sebelum dan selepas kursus dijalankan untuk menguji tahap pengetahuan peserta.

–  Peserta didedahkan dengan perkara-perkara penting yang perlu diterapkan dan disediakan sebelum menjadi usahawan makanan atau sebarang pekerjaan yang memerlukan pengendalian makanan yang baik dan berkualiti.

gambar di sini

 

LATIHAN ICT PENGENALAN ASAS MICROSOFT POWER POINT

Tarikh

  : 8 JUN 2023

Masa

: 3. 00 petang– 4. 00 petang

Lokasi

: PEDi Taman Gelugor Indah

Peserta

: 2 orang

Tujuan

Kelas ini diadakan untuk memperkenalkan kepada peserta mengenai asas-asas yang terdapat dalam Microsoft PowerPoint dan fungsinya.

Aktiviti

-Petugas menayangkan slaid ringkasan nota Microsoft PowerPoint kepada para peserta supaya mereka dapat mencatat nota untuk kegunaan akan datang.

-Petugas menerangkan setiap slaid untuk memberi kefahaman kepada peserta.

-Petugas meminta peserta untuk mencuba membuat jadual, membuat transisi mudah menggunakan funsgi-fungsi yang di terdapat dalam Microsoft PowerPoint.

-Petugas membuka sesi soal jawab bagi peserta yang masih keliru dan perlukan penerangan.

gambar di sini

 

LATIHAN ICT PENGENALAN ASAS MICROSOFT WORD

Tarikh

  : 10 JUN 2023

Masa

: 3. 00 petang– 4. 00 petang

Lokasi

: PEDi Taman Gelugor Indah

Peserta

: 3 orang

Tujuan

Kelas ini diadakan untuk memperkenalkan kepada peserta mengenai asas-asas yang terdapat dalam Microsoft Office Word dan fungsinya.

Aktiviti

-Petugas menayangkan slaid ringkasan nota Microsoft Word kepada para peserta supaya mereka dapat mencatat nota untuk kegunaan akan datang.

-Petugas menerangkan setiap slaid untuk memberi kefahaman kepada peserta.

-Petugas meminta peserta untuk mencuba membuat jadual, membuat dokumen mudah menggunakan fungsi-fungsi yang di terdapat dalam Microsoft Word serta menunjukkan sedikit tutorial memuat naik gambar.

-Petugas membuka sesi soal jawab bagi peserta yang masih keliru dan perlukan penerangan.

gambar di sini

 

KUIZ IBADAH KORBAN DAN PROMOSI PEDI

Tarikh

  : 24 JUN 2023

Masa

: 3. 00 petang– 4. 00 petang

Lokasi

: PEDi Taman Gelugor Indah

Peserta

: 15 orang

Tujuan

Peserta dapat mendalami dan mengunlang kaji maklumat umum dan khusus mengenai ibadah korban dan haji.

 
Aktiviti

-Petugas menerangkan kepada peserta tentang cara menjawab kuiz yang diadakan menerusi aplikasi kahoot termasuk tempoh masa bagi setiap soalan.

-Petugas menerangkan sebarang kekeliruan peserta dalam menjawab soalan.

-Petugas memberikan hadiah kepada para peserta yang dapat emnjawab dengan betul paling banyak.

-Petugas membuat sedikit promosi pedi dengan menerangkan perkhidmatan yang ditawarkan di PEDiseperti memfotokopi, membinding, laminate, mencetak dan sebagainya serta pemberitahuan tentang jam operasi PEDi.

gambar di sini

 

ADVOKASI KDB TERLEBIH KONGSI

Tarikh

 : 24 JUN 2023

Masa

: 3. 00 petang– 4. 00 petang

Lokasi

: PEDi Taman Gelugor Indah

Peserta

: 15 orang

Tujuan

Slot KDB ini diadakan untuk memberi pendedahan dan maklumat lebih mendalam tentang panduan penggunaan internet termasuk media sosial.

Aktiviti

– Peserta diberi pencerahan berkenaan cara mengendalikan akaun media sosial supaya dapat mengelak terlebih kongsi sehingga berlaku pembocoran data peribadi.

– Peserta diberi soalan dan kuiz kepentingan menjaga privasi keselamatan di media sosial.

– Petugas memberikan sagu hati kepada peserta yang berjaya menjawab soalan KDB dengan betul dan melakukan sesi bergambar bersama.

gambar di sini

 

KELAS ASAS ICT CARA MENGHANTAR EMEL

Tarikh

 : 16 JUN 2023

Masa

: 2. 00 petang– 3. 00 petang

Lokasi

: PEDi Taman Gelugor Indah

Peserta

: 2 orang

Tujuan

Membantu peserta yang tidak pernah menggunakan aplikasi emel bagi tujuan penghantaran dokumen.

Aktiviti

– Peserta diberi pencerahan berkenaan cara memuat naik dokumen atau sebarang lampiran ke dalam komputer kemudian dimuat ke naik di emel.

– Petugas membimbing peserta menaip alamat emel yang ingin ditujukan, panduan menaip emel secara formal dan sebagainya.

– Petugas menerangkan kelebihan menggunakan emel dengan fungsi-fungsi yang terkandung seperti boleh membuat tetapan automatik balasan emel, tandatangan di penghujung emel dan lain-lain.

gambar di sini

 

LATIHAN ICT PENGENALAN ASAS MICROSOFT EXCEL

Tarikh

  : 17 JUN 2023

Masa

: 3. 00 petang– 4. 00 petang

Lokasi

: PEDi Taman Gelugor Indah

Peserta

: 10 orang

Tujuan

Kelas ini diadakan untuk memperkenalkan kepada peserta mengenai asas-asas yang terdapat dalam Microsoft Excel dan fungsinya.

Aktiviti

-Petugas menayangkan slaid ringkasan nota Microsoft Excel kepada para peserta supaya mereka dapat mencatat nota untuk kegunaan akan datang.

-Petugas menerangkan setiap slaid untuk memberi kefahaman kepada peserta.

-Petugas meminta peserta untuk mencuba membuat jadual, membuat dokumen mudah menggunakan fungsi-fungsi yang di terdapat dalam Microsoft Excel serta menunjukkan sedikit tutorial memuat naik gambar.

-Petugas membuka sesi soal jawab bagi peserta yang masih keliru dan perlukan penerangan.

gambar di sini

 

KARNIVAL KITA MADANI

Tarikh

  : 3 JUN 2023

Masa

: 8. 00 pagi– 2. 00 petang

Lokasi

: PEDi Taman Gelugor Indah

Peserta

: 1 orang usahawan PEDi

Tujuan

Memperkenalkan usahawan PEDi kepada pihak luar dan membuat promosi operasi PEDi yang dijalankan bagi tahun ini.

Aktiviti

-Membuat pameran produk kepada pengunjung karnival.

-Usahawan membuat jualan produk keluaran seperti kek, coklat, ais kepal dan kuih tradisional.

-Mempromosikan peranan PEDi dalam membantu usahawan membuat pengiklanan barang jualan dan menyediakan kelas-kelas keusahawanan yang dapat meningkatkan jualan perniagaan mereka.

gambar di sini

 

E PEMBELAJARAN MATEMATIK SEKOLAH RENDAH

Tarikh

  : 17, 18, 24, 25 JUN 2023

Masa

: 3. 00 petang– 4. 00 petang

Lokasi

: PEDi Taman Gelugor Indah

Peserta

: 1 orang

Tujuan

Kelas ini diadakan untuk mengajar formula matematik yang lebih mudah diaplikasi dalam silibus sekolah.

Aktiviti

 Petugas menayangkan slaid yang disediakan kepada pelajar bagi memberi gambaran silibus yang akan diajar.

– Petugas membuat perbincangan kelas kelas/bengkel menjadi sesi dua hala kerana mewujudkan kuiz untuk menarik minat peserta.

– Petugas mengajar perpuluhan, pecahan, formula mudah darab bahagi dan sebagainya

gambar di sini

 

LATIHAN KEUSAHAWANAN POSTER PERNIAGAAN APLIKASI CANVA

Tarikh

  : 28 JUN 2023

Masa

: 10.00 pagi– 11.00 pagi

Lokasi

: PEDi Taman Gelugor Indah

Peserta

: 1 orang 

Tujuan

Petugas dapat membantu peserta untuk mengaplikasi fungsi-fungsi aplikasi Canva dalam membuat poster produk niaga.

Aktiviti

-Membuat bentuk dan corak yang menarik supaya tampak menarik.

-Usahawan memberitahu corak tulisan bagaimana yang dimahukan dalam pengiklanan poster dan petugas membantu peserta memilih mengikut kesesuaian warna latar belakang poster agar tidak tenggelam.

-Petugas menerangkan bahawa gambar dan sampel contoh boleh dimuat turun dari Google sebagai rujukan peserta.

– Peserta juga boleh memilih templat yang diinginkan di dalam Canva dengan percuma.

gambar di sini