mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI BULAN FEBRUARI 2022

KELAS ASAS KOMPUTER KANAK- KANAK

Tarikh : 3 – 5, 10, 19 Februari 2022
Masa : 3.00 petang – 5.00 petang
Lokasi : PEDi Taman Gelugor Indah
Peserta : 2 orang
Tujuan 
Kelas asas komputer ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai penggunaan komputer beserta fungsi- fungsinya. Kini, pengetahuan asas komputer merupakan kemahiran yang sangat penting. Oleh itu, ia dapat memastikan peserta dilengkapkan dengan pengetahuan asas komputer untuk belajar di tahap seterusnya.
 
Aktiviti 
  • Peserta diberi pendedahan mengenai komponen input dan output yang terdapat di komputer beserta cara penggunaannya.
  • Memberi pengenalan mengenai Windows dan komponen- komponennya.
  • Mengajar peserta menggunakan MS Word
  • Memberi tugasan kepada peserta untuk mengaplikasikan penggunaan MS Word
  • Melatih peserta mencari maklumat menggunakan enjin carian Google
  • Mengajar peserta menggunakan aplikasi Paint dan peserta diberi tugasan untuk membuat mini projek menggunakan aplikasi tersebut.

gambar di sini

 

KELAS ASAS MS EXCEL DAN CANVA

Tarikh : 9 Februari 2022
Masa : 9.00 pagi – 12.00 tengah hari
Lokasi : PEDi Taman Gelugor Indah
Peserta : 1 orang
Tujuan 
Kelas asas MS Excel dan Canva ini diadakan untuk melatih usahawan menggunakan MS Excel untuk melancarkan pengurusan perniagaan beliau. Selain itu, ia juga dapat membantu untuk menambahkan pengetahuan usahawan dalam bidang IT. Kelas Canva pula dapat membantu usahawan untuk membuat promosi perniagaan beliau.
 
Aktiviti 
  • Pengenalan menganai MS Excel dan kepentingannya.
  • Mengajar peserta menggunakan MS Excel.
  • Peserta membuat slip gaji untuk staff beliau menggunakan MS Word atas bimbingan petugas PEDi
  • Peserta diberi pengenalan mengenai asas Canva dan cara penggunaannya.
  • Petugas membimbing peserta membuat poster promosi perniagaan beliau.

gambar di sini