mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI BULAN APRIL 2022


MEMBUAT KOLAJ GAMBAR MENGGUNAKAN APLIKASI PHOTO COLLAGE MAKER

Tarikh

: 5 April 2022

Masa

: 2.00 petang – 3.00 petang

Lokasi

: PEDi Taman Gelugor Indah

Peserta

: 1

Tujuan

Kelas ini diadakan untuk membantu peserta menggunakan aplikasi untuk menyunting gambar menjadi sebuah kolaj gambar.

 

Aktiviti

  • Memperkenalkan peserta dengan aplikasi untuk menyunting gambar.
  • Petugas membimbing peserta untuk membuat kolaj gambar supaya hasil gambar yang dihasilkan lebih teratur dan kemas walaupun  memuat banyak gambar dalam satu muka surat.
  • Tayangan video dan taklimat berkenaan Klik dengan Bijak bertajuk Maklumat Palsu
 gambar di sini

 

KUIZ ONLINE RAMADHAN

Tarikh

: 10 April 2022

Masa

: 2.30 petang – 3.30 petang

Lokasi

: PEDi Taman Gelugor Indah

Peserta

: 3

Tujuan

Kuiz ini diadakan untuk menambahkan pengetahuan peserta mengenai bulan Ramadhan melalui platform digital.

 

Aktiviti

  • Memperkenalkan peserta dengan cara menjawab kuiz secara online.
  • Menerangkan cara bermain kuiz mengunakan aplikasi Kahoot!
  • Petugas membimbing peserta untuk menjawab kuiz dan memberi mereka masa untuk menjawab dan menggalakkan mereka menjawab dengan betul.
  • Sesi pengiraan markah dan pemberian hadiah.
  • Taklimat video dan taklimat berkenaan Klik dengan Bijak bertajuk Buli Siber
 gambar di sini

 

KELAS ASAS KOMPUTER KANAK- KANAK

Tarikh

: 16, 23 April 2022

Masa

: 10.00 pagi – 11.00 pagi

Lokasi

: PEDi Taman Gelugor Indah

Peserta

: 13

Tujuan

Kelas asas komputer ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai penggunaan komputer beserta cara penggunaan dan fungsinya. Dengan mempelajari asas komputer, peserta dapat memastikan diri mereka dapat menggunakan komputer dengan baik dan mudah.

   

Aktiviti

  • Peserta diberi pendedahan mengenai komponen input dan output yang terdapat di komputer beserta cara penggunaannya.
  • Memberi pengenalan mengenai Windows dan aplikasi lain yang sedia ada dan ditambah di dalam PC.
  • Melatih peserta mencari maklumat menggunakan enjin carian Google
  • Mengajar peserta menggunakan aplikasi Paint dan peserta diberi tugasan untuk membuat mini projek menggunakan aplikasi tersebut.
  • Peserta diajar cara memuat naik gambar ke dalam desktop dan sebagainya.

gambar di sini

KELAS ASAS MICROSOFT WORD

Tarikh

: 17 April 2022

Masa

: 10.00 pagi – 11.00 pagi

Lokasi

: PEDi Taman Gelugor Indah

Peserta

: 13 orang

Tujuan

Kelas asas Microsoft Word ini diadakan untuk melatih para peserta menggunakan Microsoft Word untuk menaip dengan betul, mengetahui format dan cara mudah membuat kertas kerja, tugasan kolej dan sebagainya dengan lebih kemas. Selain itu, kelas ini juga dapat membantu untuk menambahkan pengetahuan para peserta dalam bidang IT.

   

Aktiviti

  • Pengenalan mengenai Microsoft Word dan kepentingannya.
  • Mengajar peserta menggunakan Microsoft Word dari segi menyusun atur margin, jarak, susunan huruf besar huruf kecil secara automatik dan yang lain-lain.
  • Peserta belajar cara-cara memuat naik foto ke dalam Microsoft Word dan cara mengedit gambar seperti membuang latar belakang gambar dan sebagainya.
  • Petugas menunjukkan cara membuat jadual dan mereka bentuk peta minda dan lain-lain bagi kegunaan aplikasi yang terdapat di dalam Microsoft Word.

gambar di sini

 

KELAS TUTOR IQRA’ DAN AL QURAN

Tarikh

: 16, 17, 23 April 2022

Masa

: 10 pagi – 1 petang

Lokasi

: PEDi Taman Gelugor Indah

Peserta

: 7

Tujuan

Tutor ini diadakan untuk membaiki dan meningkatkan kemahiran bacaan Iqra’ bagi golongan kanak-kanak bersekolah rendah serta mengajar kelas Al Quran untuk meningkatkan kualiti bacaan Al Quran terutama dari segi hukum tajwid, makhraj huruf dan sebagainya.

 

Aktiviti

  • Mendengar bacaan Iqra’ dan memastikan setiap huruf yang disebut adalah betul.
  • Mengajar peserta mengikut jilid Iqra’ dan kemahiran
  • Menggunakan PC sebagai platform digital kelas tutor Al Quran seperti membuka surah pilihan untuk peserta membacanya sambal menyemak bacaan mereka.
  • Memberikan nota tajwid serta membuat penerangan mengenai hukum tajwid yang terdapat.
gambar di sini