mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI BULAN APRIL 2025

Permohonan Rumah Mampu Milik LPNPP

Tarikh: 22 April 2025
Masa: 11. 00 Pagi– 12. 00 Tengahari
Lokasi: NADI Taman Gelugor Indah
Peserta: 1 orang
Tujuan
Membantu komuniti membuat permohonan pemilikan rumah mampu milik LPNPP
Aktiviti
–   Petugas membuka laman sesawang LPNPP dan membuat pendaftaran akaun  –   Petugas membuat kemaskinian data dan makluman kategori pemilikan yang dimahukan serta memuat naik dokumen-dokumen yang diperlukan

Membuat Resume dan Permohonan Kerja

Tarikh: 22 APRIL 2025
Masa: 10. 00 Pagi– 11:00 Pagi
Lokasi: NADI Taman Gelugor Indah
Peserta: 1 orang
Tujuan
Membantu peserta mendapatkan perkhidmatan pekerjaan dan resume online secara mudah
Aktiviti
–  Petugas membuka aplikasi Canva dan membantu peserta membuat suntingan resume bagi mengisi maklumat terbaru 
–  Petugas memuat naik gambar peserta daripada desktop komputer dan menunjukkan tutorial mengubah tetapan pencahayaan gambar supaya tidak menjadi terlalu gelap apabila dicetak keluar

Program Dilea Pelbagai Subjek Akademik

Tarikh: 07, 11, 12, 13, 20 APRIL 2025
Masa: 3:30 Petang- 4:30 petang
Lokasi: NADI Taman Gelugor Indah
Peserta: 4 orang
Tujuan
Membantu pelajar sekolah menengah membuat ulangkaji pelajaran secara digital
Aktiviti
– Petugas mencetak keluar latihan dan nota berformat PDF berdasarkan topik hendak diajar dan membuka portal e-pembelajaran untuk mendaftar kehadiran dan klik butang google meet
– Petugas membuka google meet bagi pihak peserta untuk slot special program

Video Mudah Menggunakan Canva

Tarikh: 19 APRIL 2025
Masa: 03. 00 Petang– 04:00 Petang
Lokasi: NADI Taman Gelugor Indah
Peserta: 1 orang
Tujuan
Membantu peserta menghasilkan video dengan aplikasi Canva
Aktiviti
–   Petugas menggunakan aplikasi Canva untuk mengajar membuat suntingan video Tiktok 
–   Petugas menunjukkan tutorial memuat naik gambar dari desktop, cara tetapan tulisan dan saiz tulisan yang sesuai serta idea menghasilkan poster yang menarik, berilustrasi yang cantik dan kemas 
–   Petugas mengajar menetapkan animasi yang bersesuaian

Permohonan Rumah Mesra Rakyat SBNP

Tarikh: 17 April 2025
Masa: 4. 00 Petang– 5. 00 Petang
Lokasi: NADI Taman Gelugor Indah
Peserta: 1 orang
Tujuan
Membantu komuniti membuat permohonan pemilikan rumah mesra rakyat SBNP
Aktiviti
–   Petugas membuka laman sesawang SBNP dan membuat pendaftaran akaun 
–   Petugas membuat kemaskinian data dan makluman kategori pemilikan yang dimahukan serta memuat naik dokumen-dokumen yang diperlukan

Permohonan I Sejahtera

Tarikh: 17 APRIL 2025
Masa: 4:00 Petang- 5:00 Petang
Lokasi: NADI Taman Gelugor Indah
Peserta: 1 orang
Tujuan
Membantu peserta mendapatkan perkhidmatan online secara mudah
Aktiviti
–  Petugas membuka portal I sejahtera dan mendaftar permohonan baru bagi sumbangan wang emas untuk peserta 
–    Petugas memuat naik dokumen yang diminta seperti salinan kad pengenalan pemohon bersama pasangan dan waris, bukti mengundi di Pulau Pinang dan salinan penyata bank.

Pendaftaran Kemasukan Tahun 1

Tarikh: 17 APRIL 2025
Masa: 10. 00 Pagi– 11:00 Pagi
Lokasi: NADI Taman Gelugor Indah
Peserta: 1 orang
Tujuan
Membantu komuniti membuat pendaftaran sistem id me secara online dengan lebih mudah
Aktiviti
–  Petugas melog masuk akaun id me pengguna dan mengemaskini maklumat sekolah anak-anak 
–  Petugas membuat pengesahan dan menghantar permohonan dalam sistem serta mencetak keluar surat dan borang permohonan kemasukan tahun 1

Upah Menaip Surat dengan MS Word

Tarikh: 23 APRIL 2025
Masa: 12.00 Tengahari – 01:00 Petang
Lokasi: NADI Taman Gelugor Indah
Peserta: 1
Tujuan
Meningkatkan kemahiran pengguna dalam menggunakan Microsoft office word
sebagai medium membuat penulisan dan surat sama ada berbentuk rasmi atau tidak rasmi.
Aktiviti
– Petugas melatih pengguna cara menggunakan Microsoft word dan format-format penulisan yang sesuai dalam membuat surat.
– Menerangkan secara mudah tetapi jelas tentang cara mengirim emel.
– Petugas mengajarkan tutorial menyimpan data dan surat yang selesai ditaip di dalam fail-fail komputer.

Kelas Kesedaran E-Sukan

Tarikh: 26 APRIL 2025
Masa: 04. 00 Petang – 5:00 Petang
Lokasi: NADI Taman Gelugor Indah
Peserta: 6 orang
Tujuan
Memberi pendedahan berkenaan manfaat terlibat dalam bidang permainan mobile
Aktiviti
–  Peserta ditayangkan video podcast berkenaan kerjaya, tips menjadi pemain yang kuat mental dalam e-sukan
–  Peserta diberi pendedahan berkenaan laluan kerjaya yang bagus dalam pelbagai bidang jika terlibat dalam e-sukan

Kursus Latihan Pengendalian Makanan

Tarikh: 25, 27/04/2025
Masa: 9:00am-12:00 pm
Lokasi: NADI Taman Gelugor Indah
Perta: 2 orang
Tujuan
Memudahkan urusan usahawan untuk mendapatkan sijil kursus pengendali makanan bagi memudahkan urusan peserta untuk membuat permohonan lesen dan lain-lain urusan.
Aktiviti
–  Pegawai daripada NZ Bunga Venture memberikan taklimat berkenaan kursus pengendalian makanan kepada peserta.
–   Peserta dikehendaki menjawab ujian sebelum dan selepas kursus dijalankan untuk menguji tahap pengetahuan peserta.
–  Peserta didedahkan dengan perkara-perkara penting yang perlu diterapkan dan disediakan sebelum menjadi usahawan makanan atau sebarang pekerjaan yang memerlukan pengendalian makanan yang baik dan berkualiti.