Latar belakang
Puan Noorain merupakan seorang usahawan dan sering mengikuti kelas-kelas anjuran NADI Taman Gelugor Indah.
Sebelum penglibatan NADI
Sebelum mengikuti Kelas ICT di NADI, Puan Noorain kurang mahir menggunakan aplikasi Canva. Oleh itu, beliau mengikuti kelas ini untuk memahirkan diri menggunakan Canva untuk membuat poster dan kandungan media sosial untuk membuat promosi perniagaan beliau.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Setelah menghadiri kelas di NADI secara konsisten, beliau kini sudah cekap membuat poster menggunakan Canva dan memudahkan beliau untuk membuat kandungan media sosial.