Latar belakang
Nur Iman merupakan seorang pelajar yang sering berkunjung ke PEDi. Beliau bercita-cita untuk memasuki MRSM mengikuti jejak langkah kakak beliau yang juga seorang pelajar MRSM. Oleh sebab kurang mahir dalam matapelajaran Matematik, ibu beliau mendaftar untuk mengikuti Kelas E-Pembelajaran Matematik yang diadakan di PEDi
Sebelum penglibatan PEDi
Sebelum mengikuti Kelas E-Pembelajaran di PEDi, Nur Iman kurang mahir untuk membuat pengiraan yang melibatkan penyelesaian masalah. Oleh itu, beliau mengikuti kelas ini supaya dapat meningkatkan kemahiran beliau.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Setelah menghadiri kelas di PEDi secara konsisten beberapa bulan, beliau kini sudah cekap mengira dengan bantuan aplikasi pembelajaran yang digunakan ketika membuat latihan di PEDi. Beliau kini sudah menduduki ujian kemasukan ke MRSM