Latar belakang
Pada mulanya, Mohamad Adib mengikuti beberapa kelas E-pembejaran iaitu Kelas Celik Iqra’ & Al-quran di PEDi Taman Gelugor Indah. Semasa mengikuti kelas tersebut, petugas mendapati Adib kurang mahir dengan asas penggunaan komputer. Oleh itu, ibu beliau menyarankan agar Adib mengikuti kelas asas ICT yang disediakan di PEDi
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum mengikuti kelas Asas ICT di PEDi, Adib tidak mahir menggunakan peralatan komputer seperti menggunakan tetikus, menaip dan juga mencari maklumat menggunakan internet.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Setelah menghadiri beberapa kelas di PEDi secara konsisten selama 4 bulan, beliau sudah mahir menggunakan tetikus, menaip dan mencari maklumat di Youtube.