Latar belakang
Ayuni merupakan seorang kanak-kanak berumur 8 tahun dan sering mengikuti Kelas Celik Iqra’ yang disediakan di PEDi. Setelah mengikuti kelas tersebut yang dijalankan secara digital, beliau mempunyai minat yang mendalam untuk mempelajari pengetahuan asas komputer dan disokong oleh ibu beliau.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum mengikuti kelas ICT di PEDi, Ayuni kurang mahir menggunakan tetikus dan papan kekunci. Selain itu, beliau juga belum pernah didedahkan dengan aplikasi Microsoft Office. Oleh sebab itu, ibu beliau mendafaftarkan Ayuni sebagai ahli PEDi untuk mengikuti kelas ICT yang disediakan secara percuma di PEDi.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Setelah mengikuti beberapa kelas dan latihan yang disediakan di PEDi Taman Gelugor Indah, Ayuni semakin cekap dan tidak kekok untuk menggunakan tetikus dan papan kekunci. Selain itu, beliau juga sudah pandai melayari internet dan menaip dengan sendiri.