Nama : Tengku Khairul Nur Humaira binti Tengku Khairul Umur : 8 Ahli : 2022 |
Latar belakang
Humaira merupakan seorang kanak-kanak berumur 8 tahun dan sering berkunjung ke PEDi Taman Gelugor Indah untuk mengikuti program Kelas Intensif E-Tuisyen dan menyertai kelas asas computer.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Humaira kurang mahir menggunakan tetikus dan papan kekunci serta belum pernah menggunakan aplikasi Microsoft Office. Maka bapa beliau mendafftarkan Humaira sebagai ahli PEDi Taman Gelugor Indah untuk mempelajari pengetahuan asas komputer.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Setelah hampir setiap minggu beliau mengikuti kelas di PEDi, Humaira semakin cekap dalam mengawal tetikus dan menaip. Selain itu, beliau juga sudah pandai menggunakan aplikasi Microsoft Word untuk membuat jadual dan membuat karangan pendek, membuka aplikasi Canva dan lain-lain.