Latar belakang
Muhammad Akiff Zikrey merupakan seorang pelajar yang sering berkunjung ke PEDi sejak daripada beliau berumur 6 tahun. Ketika itu, beliau sering mengikuti kelas ICT di PEDi bersama Tabika Kemas Kg. Hj. Mahmud.
Sebelum penglibatan PEDi
Sebelum penglibatan dengan kelas ICT di PEDi, beliau tidak mahir menggunakan tetikus dan tidak pandai menggunakan MS Word untuk menulis. Selain itu, beliau juga kurang didedahkan dengan e- pembelajaran.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Setelah mengikuti kelas ICT di PEDi beliau kini sudah cekap menggunakan tetikus dan sudah pandai menggunakan MS Word untuk menulis, memasukkan gambar dan jadual.