Tuan/Puan,
JEMPUTAN MENYERTAI FORUM ANJURAN MCMC BERTAJUK “AKSES DAN KESELAMATAN INTERNET MEMPERKASA WANITA MALAYSIA DALAM BIDANG SAINS, TEKNOLOGI, KEJURUTERAAN, DAN MATEMATIK”
2. Sukacita dimaklumkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan menganjurkan sebuah forum yang membincangkan kepentingan akses Internet yang selamat dan mampan bagi memastikan kanak-kanak perempuan dan belia wanita dapat meneroka dan berkembang maju dalam bidang pekerjaan sains, teknologi, kejuruteraan, dan matematik (STEM).
3. Sesi ini diadakan sebagai salah satu aktiviti sambutan Girls in ICT2022, sebuah sambutan tahunan yang dianjurkan oleh Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) sejak 11 tahun lalu dan diraikan di seluruh dunia. Malaysia meraikan inisiatif ini melalui penyelarasan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan kerjasama rakan strategik dan sektor korporat.
4. Sehubungan itu, pihak MCMC berbesar hati menjemput penyertaan Tuan/ Puan/ Para Pegawai PEDi/ Komuniti PEDi secara atas talian pada ketetapan berikut:
Tajuk forum
Akses dan Keselamatan Internet Memperkasa Wanita Malaysia Dalam Bidang STEM
Tarikh
27 Julai 2022
Masa
2:00 tengahari – 4:30 petang
Lokasi
Platform Zoom & FB Live ‘KlikDenganBijak’
Zoom : Sila lengkapkan borang pendaftaran dan pengesahan kehadiran melalui pautan Zoom https://bit.ly/3Po0qhi sebelum atau pada Rabu 27 Julai jam 10 pagi.
Peserta akan mendapat perincian akses melalui emel setelah pendaftaran dibuat.
Agenda
Seperti dilampiran.
5. Mohon kerjasama pihak Tuan/Puan untuk menggalakkan penyertaan para pegawai PEDi, serta meuar-uarkan kepada seramai mungkin ahli komuniti PEDi untuk mengikuti program ini. Faedah dan ilmu yang diperoleh dari sesi perbincangan tersebut boleh digunakan oleh para pegawai PEDi bagi memberikan taklimat kepada komuniti setempat berkaitan keselamatan siber.
6. Bagi tujuan promosi kepada komuniti PEDi, dilampirkan juga banner dan poster untuk dikongsikan di laman media sosial PEDi, atau sebarang bentuk platform komunikasi PEDi.
7. Untuk maklumat lanjut berkaitan forum tersebut, sila hubungi pegawai MCMC seperti berikut:
Bil.
Nama Pegawai
Telefon
Emel
1.
Saidatul Ashikin Abu Hassan
019 290 0433
saidatul.abuhassan@mcmc.gov.my
2.
Ts. Md Tahir Musa
012-697 9609
md.tahir@mcmc.gov.my
3.
Hareeza Izzuren Ghazali
012 746 7455
hareeza.ghazali@mcmc.gov.my
Perhatian dan kerjasama Tuan/Puan amat dihargai.
Sekian, terima kasih.
Best regards,
Noor Hidayah Abd Rahman
Assistant Director, Digital Economy Center Department
Community Development and Management Division
03-8688 8241 / 019-600 3269
Zoom Video Communications (https://bit.ly/3Po0qhi)
Welcome! You are invited to join a webinar: GICT22 Wanita dan ICT: Akses dan Keselamatan. After registering, you will receive a confirmation email about joining the webinar.