mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI BULAN MAC 2023

BENGKEL MEMBUAT ROTI

Tarikh

: 8 MAC 2023

Masa

: 10:00 PAGI – 1:00 PETANG

Lokasi

: PEDi Taman Gelugor Indah

Peserta

: 15 orang

Tujuan

Mendedahkan kepada peserta dengan resepi membuat roti piza yang cantik menggunakan peralatan mesin menguli doh yang lebih mudah dalam menghasilkan roti yang lembut.

 

Aktiviti

 Pengajar meyusun peralatan membuat doh beserta bahan hiasan di atas meja disediakan dan memperkenalkan nama bagi setiap bahan kepada peserta sebelum mula menguli.

–  Petugas mengambil tempat masing-masing untuk belajar membuat doh mengikut sukatan yang diberitahu pengajar sehingga proses menguli dan menghias roti mengikut perisa kesukaan sama ada berini kacang merah, coklat, sosej atau serunding.

– Petugas membuat perbincangan dua hala dengan para peserta berkenaan sebarang pertayaan berkenaan pembuatan roti.

   Petugas membimbing peserta menetapkan masa membakar roti dan membenarkan semua peserta pulang dengan roti masing-masing dan merasa sendiri roti yang dibuat.

gambar di sini 

 

Latihan Keusahawanan: Membuat Pendaftaran Lesen Perniagaan SSM

Tarikh

: 1 MAC 2023

Masa

: 2:00 PETANG- 3:00 PETANG

Lokasi

: PEDi Taman Gelugor Indah

Peserta

: 2 orang

Tujuan

Mendedahkan kepada peserta sistem ezbiz yang digunakan SSM dalam memberi perkhidmatan kepada pengguna dengan lebih mudah.

 

Aktiviti

  Peserta memberikan maklumat yang diperlukan untuk membuka akaun ezbiz dan mendapatkan tarikh temu janji berbentuk telefon video di dalam sistem sebelum membuat sebarang urusan.

–  Petugas membantu peserta memasukkan kata kunci dan id yang mudah diingati setiap kali ingin melog masuk.

– Petugas menjelaskan prosedur membuat pendaftaran SSM sekarang dan dokumen-dokumen apakah yang perlu dimuat naik seperti gamabr ic dan lesen.

 

gambar di sini

 

Kelas ICT: Cara Membuat Kad Ucapan Hari Raya

Tarikh

: 11 MAC 2023

Masa

: 9:00 PAGI- 10:00 PAG

Lokasi

: PEDi Taman Gelugor Indah

Peserta

: 2 orang

Tujuan

Melatih peserta enulis kad ucapan hari raya untuk menunjukkan penghargaan  menyatakan kegembiraan dan kesyukuran di samping membantu mereka lebih kreatif.

 

Aktiviti

  Petugas memperkenalkan aplikasi canva terlebih dahulu kepada para peserta.

–  Petugas membantu peserta membuat carian poster dan templat membuat kad ucapan berbentuk Hari Raya.

– Petugas mengajar peserta cara mengawal tetikus dan memilih padanan warna yang sesuai dengan tulisan dan reka bentuk hiasan yang ingin dibina.

gambar di sini

 

E-pembelajaran: Bengkel Asas Bahasa Arab

Tarikh

: 11 MAC 2023

Masa

: 2:30 PETANG- 3:30 PETANG

Lokasi

: PEDi Taman Gelugor Indah

Peserta

: 9 orang

Tujuan

Mengajar bahasa arab asas secara mudah dan mendedahkan pelajar dengan perkataan-perkataan yang baharu tapi senang dihafal.

 

Aktiviti

  Petugas menayangkan slaid yang disediakan kepada pelajar bagi memberi gambaran silibus yang akan diajar.

–  Petugas membuat perbincangan kelas kelas/bengkel menjadi sesi dua hala kerana mewujudkan kuiz untuk menarik minat peserta.

– Petugas mengajar asas tatabahasa, kosa kata mengikut situasi dan konteks ayat lengkap.

 

gambar di sini

 

E-pembelajaran: Kelas Matematik

Tarikh

: 12,18, 25, 26 MAC 2023

Masa

: 3:00 PETANG- 5:00 PETANG

Lokasi

: PEDi Taman Gelugor Indah

Peserta

: 20 orang

Tujuan

Mengajar formula matematik yang lebih mudah diaplikasi dalam silibus sekolah.

 

Aktiviti

  Petugas menayangkan slaid yang disediakan kepada pelajar bagi memberi gambaran silibus yang akan diajar.

–  Petugas membuat perbincangan kelas kelas/bengkel menjadi sesi dua hala kerana mewujudkan kuiz untuk menarik minat peserta.

– Petugas mengajar perpuluhan, pecahan, formula mudah darab bahagi dan sebagainya.

 gambar di sini

 

Tutorial: Pendaftaran Prasekolah

Tarikh

: 14, 16  MAC 2023

Masa

: 3:00 PETANG- 5:00 PETANG

Lokasi

: PEDi Taman Gelugor Indah

Peserta

: 2 orang

Tujuan

Membantu komuniti mengisi dan menghantar permohonan masuk ke prasekolah.

 

Aktiviti

  Petugas menunjukkan peserta laman sesawang yang disediakan pihak pendidikan negara untuk membuat permohonan ke prasekolah.

– Petugas mendapatkan maklumat peribadi peserta bagi tujuan menghantar permohonan kemasukan ke prasekolah.

– Petugas membuat pengesahan hantar permohonan dan memberitahu peserta untuk menghantar hasil cetakan ke sekolah yang dipohon.

gambar di sini

 

 

Pertandingan Mewarna Sempena Ramadhan

Tarikh

: 18 MAC 2023

Masa

: 10:00 PAGI- 12:00 PETANG

Lokasi

: PEDi Taman Gelugor Indah

Peserta

: 10 orang

Tujuan

Melatih tahap kreativiti kanak-kanak sekolah rendah dalam mewarna dengan pilihan warna paling rasional dan kemas

 

Aktiviti

  Petugas menunjukkan peserta kertas lukisan dan memberi tempoh masa untuk siap.

– Petugas meminta semua peserta menulis nama dan umur masing-masing di bahagian atas kertas.

– Petugas memilih kertas warna yang paling kemas, rasional dan baik sebagai pemenang tiga teratas dan memberi semua peserta sagu hati.

gambar di sini

 

 

Kelas Celik Al Quran dan Iqra’

Tarikh

: 4, 18,19, 25, 26 MAC 2023

Masa

: 10:00 PAGI- 12:00 PETANG

Lokasi

: PEDi Taman Gelugor Indah

Peserta

: 3 orang

Tujuan

Melatih tahap penguasaan dan bacaan Al Quran serta Iqra’ dengan baik mengikut tajwid dan hukum yang betul.

 

Aktiviti

  Petugas mengajar menggunakan PC di PEDi secara pengajaran digital.

–  Petugas mendengar bacaan peserta membacakan iqra’, Al Quran dan menyemak bacaan mereka supaya tepat.

– Petugas memberi nota tambahan hukum tajwid dan cara sebutan huruf dari tempat keluar huruf yang betul kepada peserta.

 gambar di sini

 

Kelas Membuat Surat Pengesahan Gaji

Tarikh

: 25 MAC 2023

Masa

: 11:00 PAGI- 12:00 PETANG

Lokasi

: PEDi Taman Gelugor Indah

Peserta

: 1 orang

Tujuan

Membantu komuniti membuat surat dengan baik.

 

Aktiviti

 Petugas mengajar peserta cara menggunakan microsoft word beserta fungsi-fungsinya untuk membuat surat rasmi.

– Petugas menunjukkan contoh-contoh surat pengesahan gaji yang ada di internet.

– Petugas menaip surat seperti yang diinginkan peserta sebelum mencetak keluar.

gambar di sini

 

Tutorial: Kemaskini Maklumat Sumbangan Tunai Rahmah

Tarikh

: 16 MAC 2023

Masa

: 12:00 TENGAHARI- 1:00 PETANG

Lokasi

: PEDi Taman Gelugor Indah

Peserta

: 2 orang

Tujuan

Memudahkan komuniti membuat kemaskini sistem bantuan rakyat dengan segera tanpa perlu ke LHDN.

 

Aktiviti

  Petugas melog masuk akaun STR peserta dan memasukkan nombor kad pengenalan dan kod keselamatan.

–  Petugas memuat naik dokumen-dokumen berkaitan dengan permohonan ke dalam sistem untuk diproses.

– Petugas memastikan data dan dokumen yang diisi diterima sistem.

gambar di sini