mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI BULAN OGOS 2024

E-Servis: Kemaskini Maklumat JKM

Tarikh

  : 1 OGOS 2024

Masa

: 2. 00 Petang– 3:00 Petang

Lokasi

: NADI Taman Gelugor Indah

Peserta

: 1 orang

Tujuan

Membantu komuniti mendapatkan bantuan perkhimatan online

Aktiviti

– Peserta memberi maklumat no kad pengenalan dan surat daripada pihak jkm berkenaan bantuan bulanan beliau yang diterima di bawah kelayakan warga emas

  –  Petugas membantu peserta mengisi google form bagi lanjutan bantuan bulanan dan mengisi maklumat yang dikosongkan ruang

gambar di sini

 

Latihan Keusahawanan: Asas Jualan TikTok Shop

Tarikh

  : 1, 14, 22 OGOS 2024

Masa

: 3. 00 Petang– 4: 00 Petang

Lokasi

: NADI Taman Gelugor Indah

Peserta

: 5 orang

Tujuan

Membantu komuniti membuat pengaturan kedai online TIKTOK

Aktiviti

–  Petugas membantu komuniti memuat turun aplikasi TIKTOK terlebih dahulu

  –  Peserta membuat tetapan maklumat peribadi, maklumat emel dan sebagainya kemudian menghubungkan akaun peribadi dengan akaun kedai TIKTOK

  –  Petugas mengajar cara memuat naik gambar produk

gambar di sini 

 

E-Servis: Kemaskini Maklumat Permohonan Rumah Mampu Milik LPNPP

Tarikh

  : 1 Ogos 2024

Masa

: 10. 00 Pagi– 11. 00 Pagi

Lokasi

: NADI Taman Gelugor Indah

Peserta

: 1 orang

Tujuan

Membantu komuniti membuat permohonan pemilikan rumah mampu milik LPNPP

Aktiviti

–   Petugas membuka laman sesawang LPNPP dan membuat pendaftaran akaun

  –   Petugas membuat kemaskinian data dan makluman kategori pemilikan yang dimahukan serta memuat naik dokumen-dokumen yang diperlukan

gambar di sini 

 

LATIHAN ICT: Teknik dan Trik dalam MS Powerpoint

Tarikh

  : 6 OGOS 2024

Masa

: 3. 00 petang– 4. 00 petang

Lokasi

: PEDi Taman Gelugor Indah

Peserta

: 2 orang

Tujuan

Kelas ini diadakan untuk memperkenalkan kepada peserta mengenai asas-asas yang terdapat dalam Microsoft PowerPoint dan fungsinya.

Aktiviti

-Petugas menayangkan slaid ringkasan nota Microsoft PowerPoint kepada para peserta supaya mereka dapat mencatat nota untuk kegunaan akan datang.

-Petugas menerangkan setiap slaid untuk memberi kefahaman kepada peserta.

-Petugas meminta peserta untuk mencuba membuat jadual, membuat transisi mudah menggunakan funsgi-fungsi yang di terdapat dalam Microsoft PowerPoint.

-Petugas membuka sesi soal jawab bagi peserta yang masih keliru dan perlukan penerangan.

gambar di sini

 

E-Servis: Permohonan Stamp Online

Tarikh

  : 6 OG0S 2024

Masa

: 12. 00 Petang– 1:00 Petang

Lokasi

: NADI Taman Gelugor Indah

Peserta

: 1 orang

Tujuan

Membantu peserta membuat permohonan stamp secara online

Aktiviti

–  Peserta mengisi maklumat yang diperlukan dalam laman web engineering.com.

  –   Peserta memasukkan alamat emel dan diberitahu petugas untuk kerap membuat semakan lulus ataupun tidak

gambar di sini

 

Latihan Keusahawanan: Pembaharuan Lesen Perniagaan SSM

Tarikh

  : 7 OGOS 2024

Masa

: 11. 00 Pagi– 12:00 Petang

Lokasi

: PEDi Taman Gelugor Indah

Peserta

: 1 orang

Tujuan

Membantu peserta membuat pembaharuan lesen perniagaan ssm secara online

Aktiviti

– Petugas memlog masuk akaun ezbiz peserta dan menyemak no pendaftaran perniagaan

  –   Petugas memeriksa terlebih dahulu terdapat kompaun atau tidak kemudian baru membuat pembayaran secara atas talian dan mencetak sijil baharu

gambar di sini

 

Kelas Keusahawanan: Optimumkan Kedai Anda di Google

Tarikh

: 7 OGOS 2024

Masa

: 10:00 Pagi- 11:00 Pagi

Lokasi

: PEDi Taman Gelugor Indah

Peserta

: 1

Tujuan

Kelas ini diadakan untuk memperkenalkan kepada peserta mengenai asas-asas yang terdapat dalam platform Google, Google maps dan fungsinya.

 

Aktiviti

  • –   Petugas menayangkan slaid ringkasan nota Google Business kepada para peserta supaya mereka dapat mencatat nota untuk kegunaan akan datang.
  • –   Petugas menerangkan setiap slaid untuk memberi kefahaman kepada peserta dan menerangkan maklumat perniagaan yang perlu dimuatnaik.
  • –   Petugas meminta peserta untuk mencuba mengisi lokasi premis niaga di Google My Business agar dapat ketahui sudah faham atau belum termasuk menetapkan waktu operasi, nombor telefon dan lain-lain lagi.
  • –   Petugas membuka sesi soal jawab bagi peserta yang masih keliru dan perlukan penerangan.

gambar di sini

 

E-Servis: Permohonan Bantuan Zakat ke IPT

Tarikh

  : 7 OGOS 2024

Masa

: 4. 30 Petang– 5:30 Petang

Lokasi

: NADI Taman Gelugor Indah

Peserta

: 1 orang

Tujuan

Membantu komuniti mendapatkan bantuan perkhimatan online

Aktiviti

– Peserta memberi maklumat no kad pengenalan dan dokumen maklumat diri berkenaan bantuan yang ingin dipohon dan petugas menyemak kelayakan terlebih dahulu

  –  Petugas membantu peserta mengisi google form bagi lanjutan bantuan ke IPT dan mengisi maklumat yang dikosongkan ruang

gambar di sini

 

Latihan Keusahawanan: Pendaftaran dan Kemaskini Lesen Perniagaan SSM

Tarikh

  : 9, 14 OGOS 2024

Masa

: 11. 00 Pagi– 12:00 Tengahari

Lokasi

: NADI Taman Gelugor Indah

Peserta

: 2 orang

Tujuan

Membantu komuniti mendapatkan perhidmatan pendaftaran sistem online lebih mudah

Aktiviti

–      Petugas membuat pendaftaran akaun EZBIZ dan melog masuk menggunakan id serta password yang ditetapkan

  –      Petugas memuat naik gambar kad pengenalan, gambar selfie bersama kad pengenalan peserta serta memuat naik sebarang sijil lesen memandu atau bil utiliti rumah

gambar di sini 

 

Kemahiran Insaniah: Kemahiran Perbincangan 

Tarikh

  : 9 OGOS 2024

Masa

: 5. 00 Petang– 6:00 Petang

Lokasi

: NADI Taman Gelugor Indah

Peserta

: 2 orang

Tujuan

Membantu pelajar sekolah rendah meningkatkan kemahiran insaniah

Aktiviti

–   Petugas menunjukkan satu slaid berkenaan projek stem dilakukan sebelumnya dan membuat perbincangan

  –   Petugas melatih peserta mengendalikan perbincangan selanjutnya bagi menilai tahap keyakinan dan keupayaan membawa perbincangan dengan teratur

gambar di sini

 

Projek Stem Iot: Kipas Tangan DIY

Tarikh

  : 9 OGOS 2024

Masa

:4. 00 Petang– 5:00 Petang

Lokasi

: NADI Taman Gelugor Indah

Tujuan

Membantu peserta mengetahui projek-projek stem yang mudah dilaksanakan

Aktiviti

– Petugas membuka tayangan membuat kipas tangan dan mengedarkan bahan yang perlu digunakan

  –   Petugas memberi sedikit demostrasi membuat kipas tangan kepada peserta sebelum mereka mencuba sendiri

gambar di sini

 

E Pembelajaran: Kursus Latihan Pengendalian Makanan

Tarikh

  : 10 OGOS 2024

Masa

: 9. 30 Pagi– 12:30 Petang

Lokasi

: NADI Taman Gelugor Indah

Peserta

: 2 orang

Tujuan

Membantu peserta mendapatkan sijil pengurusan makanan dengan penyertaan dari NADI atau dari rumah masing-masing

Aktiviti

–  Petugas membuka aplikasi Zoom dan menayangkan slot kursus

  –  Peserta memasuki kumpulan whatsapp bagi menjawab soalan-soalan selingan ketika kursus dan bagi mendapatkan kefahaman kursus dengan baik

  –  Petugas menerangkan tempoh peserta perlu menunggu untuk memperoleh sijil

 gambar di sini

 

Kemahiran Insaniah: Membuat Resume dan Permohonan Kerja

Tarikh

  : 10 OGOS 2024

Masa

: 3. 00 Petang– 4:00 Petang

Lokasi

: NADI Taman Gelugor Indah

Peserta

: 1 orang

Tujuan

Membantu peserta mendapatkan perkhidmatan pekerjaan dan resume online secara mudah

Aktiviti

–  Petugas membuka aplikasi Canva dan membantu peserta membuat suntingan resume bagi mengisi maklumat terbaru

  –  Petugas memuat naik gambar peserta daripada desktop komputer dan menunjukkan tutorial mengubah tetapan pengcahayaan gambar supaya tidak menjadi terlalu gelap apabila dicetak keluar

 gambar di sini

 

Promosi NADI di Program Jiwa Merdeka Komuniti Madani Parlimen Bagan

Tarikh

  : 11 OGOS 2024

Masa

: 8. 00 Pagi– 1:00 Petang

Lokasi

: NADI Taman Gelugor Indah

Peserta

: komuniti Bagan

Tujuan

Membuat sebaran lebih meluas kepada komuniti setempat berkenaan kewujudan dan fungsi NADI

Aktiviti

–  Peserta menyertai aktiviti dan kuiz klik dengan bijak dijalan di booth NADI dan menerima sedikit sagu hati

  –  Peserta didedahkan berkenaan tuisyen yang dijalan di NADI termasuk kelas-kelas ict dan keusahawanan termasuk cara mendaftar sebagai ahli NADI

  –  Peserta turut melibatkan diri dalam acara STEM

gambar di sini

 

E-Learning: Ulangkaji Matematik dengan Quizizz

Tarikh

  : 11 OGOS 2024

Masa

: 5. 00 Petang– 6. 00 Petang

Lokasi

: NADI Taman Gelugor Indah

Peserta

: 3 orang

Tujuan

Membantu pelajar sekolah rendah membuat ulangkaji pelajaran matematik secara digital

Aktiviti

– Petugas mencetak keluar latihan matematik berdasarkan topik hendak diajar dan membuka portal e-pembelajaran yang menarik

  Petugas memberikan masa kepada pelajar untuk membuat ulang kaji dan menyemak jawapan sama ada betul atau salah

gambar di sini

 

TEMU DUGA PUSAT SATELIT MYFUTUREJOBS ANJURAN PERKESO PULAU PINANG

Tarikh

  : 15, 28 Ogos 2024

Masa

: 9. 30 Pagi – 1. 00 Petang

Lokasi

: NADI Taman Gelugor Indah

Peserta

: 32 orang

Tujuan

Membuka peluang pekerjaan kepada para penduduk yang mencari kerja kosong tanpa perlu pergi ke kilang sendiri.

Aktiviti

     Petugas menyediakan borang senarai nama untuk diisi para pemohon kerja.

    Pemohon kerja berdaftar sebagai pelawat dan menjalani sesi temuduga sekitar 15 minit ke 20 minit seorang secara berturutan hingga jam 1

gambar di sini

 

Latihan Asas ICT: Kelas Microsoft PowerPoint

Tarikh

  : 17, 18 OGOS 2024

Masa

: 3. 00 petang– 4. 00 petang

Lokasi

: NADI Taman Gelugor Indah

Peserta

: 18 orang

Tujuan

Kelas ini diadakan untuk memperkenalkan kepada peserta mengenai asas-asas yang terdapat dalam Microsoft PowerPoint dan fungsinya.

Aktiviti

-Petugas menayangkan slaid ringkasan nota Microsoft PowerPoint kepada para peserta supaya mereka dapat mencatat nota untuk kegunaan akan datang.

-Petugas menerangkan setiap slaid untuk memberi kefahaman kepada peserta.

-Petugas meminta peserta untuk mencuba membuat jadual, membuat transisi mudah menggunakan funsgi-fungsi yang di terdapat dalam Microsoft PowerPoint.

-Petugas membuka sesi soal jawab bagi peserta yang masih keliru dan perlukan penerangan.

gambar di sini

 

E-SERVIS PENGESAHAN KEHADIRAN TEMUDUGA MRSM

Tarikh

  : 20 OGOS 2024

Masa

: 4. 00 Petang– 5. 00 Petang

Lokasi

: NADI Taman Gelugor Indah

Peserta:

: 1 orang

Tujuan

Membantu komuniti membuat permohonan anak masuk ke MRSM

Aktiviti

     Petugas membuka laman sesawang MRSM dan melog masuk menggunakan akaun pendaftaran peserta

     Mencetak keluar surat rasmi permohonan ke temuduga MRSM bagi rujukan dan bukti pengesahan permohonan dihantar

gambar di sini 

 

Latihan ICT: Cara Membuat Hantaran Emel

Tarikh

  : 17, 18 OGOS 2024

Masa

: 11. 30 Petang– 12. 30 Petang

Lokasi

: NADI Taman Gelugor Indah

Peserta

: 18 orang

Tujuan

Membantu peserta menaip kandungan formal dan informal untuk tujuan penghantaran emel

Aktiviti

– Peserta membuka dokumen yang ingin diemel di desktop dan petugas membantu membuat suntingan emel

 Petugas menerangkan tentang cara menaip emel penerima dan apakah itu cc di ruangan emel

–  Peserta menaip subjek yang ingin digunakan dan sedikit ayat di ruangan teks sebelum menghantar emel kepada penerima

gambar di sini 

 

Latihan Asas ICT: Membuat Borang

Tarikh

  : 17 OGOS 2024

Masa

: 3. 00 Petang– 4. 00 Petang

Lokasi

: NADI Taman Gelugor Indah

Tujuan

Membantu peserta menaip jadual perkiraan stok

Aktiviti

–   Petugas menunjukkan rujukan contoh jadual rekod perkiraan stok

–  Peserta menaip jadual seperti ditunjukkan menggunakan pemilihan jenis dan saiz tulisan yang sama

–   Peserta diberi tempoh mencuba melakukan jadual perkiraan stok sendiri selepas ditunjuk ajar

gambar di sini 

 

E-Servis: Permohonan My Subsidi Diesel

Tarikh

  : 18, 25 OGOS 2024

Masa

: 4. 00 Petang– 5:00 Petang

Lokasi

: NADI Taman Gelugor Indah

Peserta

: 1 orang

Tujuan

Membantu komuniti membuat pendaftaran bagi permohonan subsidi diesel budi madani

Aktiviti

–  Peserta memberi maklumat no kad pengenalan dan no pendaftaran kenderaan bagi semakan wujud atau tidak. seandainya cukai jalan belum tamat tempoh maka peserta boleh pergi ke langkah seterusnya

  –  Petugas memuat naik semua maklumat diperlukan termasuk soalan kenderaan milik sendiri atau pejabat

gambar di sini

 

E-Servis: Permohonan I Sejahtera

Tarikh

  : 21, 29 OGOS 2024

Masa

: 4:00 Petang- 5:00 Petang

Lokasi

: NADI Taman Gelugor Indah

Peserta

: 2 orang

Tujuan

Membantu peserta mendapatkan perkhidmatan online secara mudah

Aktiviti

–  Petugas membuka portal I sejahtera dan mendaftar permohonan baru bagi sumbangan wang emas untuk peserta

  –    Petugas memuat naik dokumen yang diminta seperti salinan kad pengenalan pemohon bersama pasangan dan waris, bukti mengundi di Pulau Pinang dan salinan penyata bank.

gambar di sini

 

Latihan ICT: Pengenalan AI dengan Bing Image Creator

Tarikh

  : 24 OGOS 2024

Masa

: 10. 00 Pagi– 11:00 Pagi

Lokasi

: NADI Taman Gelugor Indah

Peserta

: 9 orang

Tujuan

Membantu pelajar sekolah rendah mengetahui asas membuat AI 

Aktiviti

– Petugas membuka lama web being image creator dan mengajar peserta cara membuat arahan

  –   Petugas memberi masa kepada pelajar untuk mencuba sendiri membuat gambar AI yang diiginkan

gambar di sini

 

Projek Stem IoT: Sotong Pantas

Tarikh

  : 24 OGOS 2024

Masa

:11. 00 Pagi– 12:00 Tengahari

Lokasi

: NADI Taman Gelugor Indah

Peserta

: 9 orang

Tujuan

Membantu pelajar sekolah rendah meningkatkan pengetahuan dan pengalaman dalam projek sains dan teknologi

Aktiviti

–   Petugas mengedarkan kertas, gunting, salotep dan lain-lain peralatan 

  –   Petugas menunjukkan tayangan video projek membuat sotong pantas dan kemudian bersama-sama mencuba meletakkan sotong kertas yang dibalut dengan salotape di dalam air bersama pelajar

gambar di sini

 

Projek Stem IoT: Ulat Mekanikal

Tarikh

  : 24 OGOS 2024

Masa

:12. 00 Tengahari– 1:00 Petang

Lokasi

: NADI Taman Gelugor Indah

Peserta

: 9 orang

Tujuan

Membantu pelajar sekolah rendah meningkatkan pengetahuan dan pengalaman dalam projek sains dan teknologi

Aktiviti

–   Petugas mengedarkan kertas, gunting, salotep, lidi dan lain-lain peralatan 

  –   Petugas menunjukkan tayangan video projek mereka cipta ulat kertas gergasi dan kemudian bersama-sama memasang bahagian-bahagian badannya dan melekatkan lidi untuk menggerakkannya

gambar di sini

 

Latihan Keusahawanan: Asas Jualan Shopee

Tarikh

  : 24 OGOS 2024

Masa

: 3. 00 Petang– 4:00 Petang

Lokasi

: NADI Taman Gelugor Indah

Peserta

: 1 orang

Tujuan

Membantu peserta meningkatkan pengetahuan asas keusahawanan jualan atas talian

Aktiviti

–  Petugas membuka aplikasi shopee

  –  Peserta menunjukkan prestasi kedai beliau sambil mengajar cara-cara membuat tetaapn kedai lebih menarik dan cara menyusun atur produk di platform niaga online

  –   Petugas menerangkan cara-cara menetapkan harga barang, cara menyunting gambar produk agar senang dijumpai pengguna 

gambar di sini 

 

E-Servis: Pembaharuan Pasport

Tarikh

  : 25 OGOS 2024

Masa

: 11. 00 Pagi– 12:00 Tengahari

Lokasi

: NADI Taman Gelugor Indah

Peserta

: 1 orang

Tujuan

Membantu peserta membuat pembaharuan passport menggunakan sistem imegresen online

Aktiviti

–  Petugas membantu peserta memasukkan no passport di ruang disediakan, mengisi maklumat diri dan memuat naik gambar ukuran passport

  –   Petugas membimbing peserta memilih tempat mengambil passport apabila siap dan menjelaskan sebab2 kemungkinan tidak lulus permohonan

gambar di sini

 

E- Learning: Kuiz Merdeka Bersama Perpustakaan Desa

Tarikh

  : 25 Ogos 2024 

Masa

: 3. 00 Petang – 4. 00 Petang

Lokasi

: NADI Taman Gelugor Indah

Peserta

: 9 orang

Tujuan

Memberi pengenalan kepada peserta cara menjawab kuiz secara interaktif dan memupuk semangat cintakan negara disamping menambah pengetahuan peserta tentang negara kita.

Aktiviti

       Peserta ditunjukkan cara untuk menjawab kuiz online

       Soalan percubaan diadakan sebagai latihan kepada peserta sebelum kuiz diadakan

       Peserta diminta untuk menjawab kuiz dengan pantas dan tepat

       Tayangan video kemerdekaan diadakan sebelum penyampaian hadiah diadakan

gambar di sini

 

E- Learning: Kuiz Kemerdekaan

Tarikh

  : 25 Ogos 2024 

Masa

: 5. 00 Petang – 6. 00 Petang

Lokasi

: NADI Taman Gelugor Indah

Peserta

: 6 orang

Tujuan

Memberi pengenalan kepada peserta cara menjawab kuiz secara interaktif dan memupuk semangat cintakan negara disamping menambah pengetahuan peserta tentang negara kita.

Aktiviti

       Peserta ditunjukkan cara untuk menjawab kuiz online

       Soalan percubaan diadakan sebagai latihan kepada peserta sebelum kuiz diadakan

       Peserta diminta untuk menjawab kuiz dengan pantas dan tepat

       Tayangan video kemerdekaan diadakan sebelum penyampaian hadiah diadakan

gambar di sini

 

Kelas Keusahawanan: Langkah Mudah Mengira Zakat Perniagaan Anda Siri 1

Tarikh

  : 27 Ogos 2024

Masa

: 10. 00 Pagi– 12:00 Tengahari

Lokasi

: PEDi Taman Gelugor Indah

Peserta

: 5 orang

Tujuan

Memberi pendedahan kepada peserta tentang peluang untuk kaedah perkiraan zakat harta

Aktiviti

     Penerangan tentang kategori pendapatan usahawan yang perlu membuat bayaran zakat harta

–   Peserta didedahkan dengan cara untuk membuat perkiraan zakat berdasarkan jumlah pendapatan tahunan

gambar di sini

 

Latihan ICT: Edit Video Mudah Menggunakan Capcut

Tarikh

  : 30 Ogos 2024

Masa

: 10. 00 Pagi– 11. 00 Pagi

Lokasi

: PEDi Taman Gelugor Indah

Peserta

: 1 orang

Tujuan

Membantu peserta menghasilkan video dengan aplikasi Capcut

Aktiviti

–   Petugas menggunakan aplikasi Canva untuk mengajar membuat suntingan video Tiktok

  –   Petugas menunjukkan tutorial memuat naik gambar dari desktop, cara tetapan tulisan dan saiz tulisan yang sesuai serta idea menghasilkan poster yang menarik, berilustrasi yang cantik dan kemas

  –   Petugas mengajar menetapkan animasi yang bersesuaian

gambar di sini